fbpx

Cadang wujud PPV ikut Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh sedang mendengar penjelasan daripada salah seorang pegawai kesihatan semasa lawatan ke PPV Stadium Tertutup Kuala Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) perlu diwujudkan di 22 parlimen di Selangor dalam mempercepatkan dan permudahkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, ketika ini PPV dibuka membuka daerah dengan menyebabkan terdapat penduduk terpaksa berjalan jauh bagi mendapatkan vaksin tersebut.

Katanya, perkara tersebut turut berlaku di Tanjong Karang apabila hanya terdapat sebuah berbanding Kuala Selangor mempunyai dua PPV.

“PPV kalau diperbanyakkan akan mempermudahkan rakyat namun kita mengetahui kekangan dialami kerajaan ketika ini.

“Bagaimanapun, saya menzahirkan penghargaan kepada Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang telah bersetuju membuka sebuah lagi PPV di Parlimen Tanjong Karang,” katanya selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) di Stadium Tertutup Kuala Selangor, di sini hari ini.

Beliau pada masa menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung keperluan penambahan vaksin di negeri ini yang perlu seimbang dengan populasi rakyat.

Noh menambah, berdasarkan data turut menunjukkan penduduk Selangor adalah yang paling ramai dijangkiti Covid-19 dengan pemberiannya perlu disegerakan supaya mencapai imuniti kelompok.

“Saya ada bangkitkan isu ini kepada Khairy dalam mesyuarat semalam kerana kerajaan tidak boleh bagi purata sama kerana kita lihat setiap negeri bilangan penerima berbeza.

“Khairy kemudiannya telah memaklumkan kepada semua yang hadir dalam mesyuarat itu menyatakan dos vaksin di Selangor akan ditambah,” jelasnya.

Sultan Sharafuddin sebelum ini menzahirkan rasa terkejut dan kecewa apabila dimaklumkan Selangor hanya menerima 615,210 dos vaksin Covid-19 sehingga 1 Jun lalu dan bukan 2.9 juta dos seperti didakwa sebelumnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI