fbpx

Barang keperluan sambut bayi sulung musnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nur Haziawah (dua dari kiri) menunjukkan bilik tidurnya yang musnah bersama barangan keperluan bayi sulung di Tanjong Karang, hari ini.

KUALA SELANGOR – Persiapan seorang wanita menyambut bakal anak sulungnya menjadi suram apabila rumah keluarganya terbakar dalam kejadian di Lorong Mat Rojak, Jalan Batu Bernam 9 1/2 di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 1 tengah hari itu mengakibatkan barangan kelengkapan seperti baju, lampin pakai buang, botol susu dan beberapa kelengkapan lain bernilai RM500 yang baharu dibelinya pagi kejadian musnah.

Siti Nur Haziawah Hassim, 22, yang kini hamil enam bulan memberitahu, ketika kejadian dia sedang tidur terkejut apabila mendengar jeritan kebakaran daripada anak saudaranya Nur Damia Qistina Mohd. Fauzal, 11,.

Katanya, sewaktu kejadian terdapat lapan ahli keluarganya berada di rumah tersebut.

“Kami sekeluarga keluar dari rumah sehelai sepinggang manakala suami,Muhammad Baharin Alif, 22, cuba memadamkan kebakaran dan barangan keperluan untuk bayi sulung saya musnah dalam kebakaran itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun bank Agrobank 2005491000127340 milik Siti Nur Haziawah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI