fbpx

Aksem rampas 700kg daun ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan Mitsubishi Pajero membawa kira-kira 700 kg ditemui ditinggalkan di Kuari Batu Reput, Padang Besar pada pagi ini.

PADANG BESAR – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Chuping merampas kira-kira 700 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai RM21,000 di Kuari Batu Reput, Jalan Padang Besar-Ulu Pauh, Felda Rimba Mas di sini hari ini.

Komander Aksem negeri, Deputi Superintendan Azizan Saman berkata, bertindak atas maklumat penyeludupan di kawasan ladang tebu dekat sini, anggotanya menjumpai sebuah Mitsubishi Pajero di kawasan kuari tersebut kira-kira pukul 7.30 pagi.

Katanya, kenderaan itu didapati ditinggalkan dalam keadaan enjin masih dihidupkan dan hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemui 20 guni putih berisi daun hijau disyaki ketum.

“Anggota seterusnya membuat pemerhatian selama sejam di kawasan berkenaan, namun tiada sesiapa yang datang menghampiri kenderaan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua barang rampasan kemudian dibawa ke Kompleks Aksem Chuping untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. K!-ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI