fbpx

11 penduduk PKPD Kampung Kutan positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TUMPAT – Seramai 11 orang daripada 415 penduduk Kampung Kutan Tengah di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini hingga 24 Jun disahkan positif Covid-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, semua penduduk itu disahkan positif selepas ujian saringan dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kutan di sini bermula semalam.

Katanya, keseluruhan penduduk di kawasan tersebut dianggarkan seramai 990 orang dan ujian saringan akan dilakukan dengan segera ketika PKPD sedang dilaksanakan di situ.

“Oleh itu, kita memohon kerjasama semua penduduk di kawasan tersebut agar tampil menjalani ujian saringan dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19 di kawasan itu.

“Selain Kampung Kutan Tengah, seorang penduduk Kampung Ketil, Pengkalan Kubor di sini turut dikenakan PKPD turut disahkan positif Covid-19 selepas JKNK menjalankan ujian saringan terhadap 124 individu di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Ketika pelaksanaan PKPD di Kampung Kutan Tengah, penutupan jalan utama yang menghubungkan dari arah Kota Bharu menghala Pasir Mas ditutup kepada semua kenderaan.

Orang ramai boleh melalui jalan alternatif dari Kampung Delima Wakaf Bharu di sini dan Jambatan Tendong, Pasir Mas.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI