fbpx

Wabak maut ancam persiapan Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LLORENTE (kanan) menjadi pemain kedua selepas Busquet dikesan positif Covid-19 sekali gus menimbulkan kebimbangan besar dalam skuad Sepanyol ketika ini. – AFP

MADRID – Tonggak pertahanan Leeds United, Diego Llorente menjadi pemain Sepanyol kedua disahkan positif Covid-19 selepas bintang Barcelona, Sergio Busquets menjelang Euro 2020 yang akan membuka tirainya Sabtu ini.

Berita tersebut secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan terhadap jumlah sebenar kes positif bakal dikesan dalam kem Sepanyol yang akan menghadapi aksi pertama Kumpulan E menentang Sweden pada 15 Jun ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF), Luis Rubiales tidak menolak kemungkinan lebih ramai pemain skuad La Roja akan didapati positif disebabkan kontak rapat kepada Llorente dan Busquets.

“Dukacitanya RFEF ingin memaklumkan bahawa Diego Llo­rente positif Covid-19 selepas pasukan kebangsaan (Sepanyol) melakukan ujian PCR baharu di Las Rozas.

“Pemain itu akan meninggalkan pasukan kebangsaan dengan kenderaan perubatan dan sete­rusnya mengikut segala protokol kesihatan yang telah ditetapkan,” katanya.

Semua pemain Sepanyol dilaporkan kini berada dalam isolasi selepas keputusan ujian Busquets disahkan positif tiga hari sebelum ini dengan lima nama baharu dipanggil menjalani latihan secara ‘gelembung’.

Lima pemain berkenaan adalah penyerang Leeds United, Rodrigo Moreno, Pablo Fornals (West Ham United), Carlos Soler (Valencia), Brais Mendez (Celta Vigo) dan Raul Albiol yang baru menjuarai Liga Europa musim ini bersama Villarreal.

Disebabkan semua pemain senior menjalani kuarantin, pa­sukan bawah 21 tahun Sepanyol terpaksa menggantikan tempat mereka menentang Lithuania dengan keputusan 4-0 dalam aksi persahabatan awal pagi semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI