fbpx

Tun M cadang tubuh kerajaan ala Mageran pada Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan beliau ada mencadangkan penubuhan kerajaan ala Majlis Gerakan Negara (Mageran) seperti tahun 1969 semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, Seri Paduka Badinda bertitah bahawa pembentukan Mageran haruslah datang daripada pihak kerajaan sendiri.

“Agong tidak kata tidak, tetapi titah baginda, cadangan pembentukan Mageran harus datang daripada pihak kerajaan.

“Tetapi saya ragu-ragu kerajaan akan cadangkan perkara ini,” katanya pada sidang akhbar di akaun Facebooknya sebentar tadi.

Beliau berkata, mengenai siapa yang akan mengetuai Mageran pula tidak dibincangkan, namun beliau ada menawarkan bantuan jika dikehendaki kerajaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI