fbpx

Tun M bincang empat krisis bersama Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Dr. Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan beliau membincangkan empat krisis yang dihadapi negara ketika ini semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.

Presiden Penaja Pejuang itu berkata, hasil perjumpaan itu, beliau bersama-sama baginda mengenal pasti empat krisis berbeza iaitu yang pertama ialah krisis kesihatan berikutan wabak Covid-19 melanda negara ketika ini.

“Wabak ini telah menyebabkan lebih 600,000 orang telah dijangkiti dan daripada jumlah itu, lebih 3,000 sudah meninggal dunia. Ia menunjukkan betapa seriusnya wabak ini di Malaysia.

“Saya juga membuat perbandingan kes Covid-19 di United Kingdom dan Amerika Syarikat, yang mana jumlah penduduknya ramai, tetapi kematian akibat Covid-19 berkurangan,” katanya dalam sidang akhbar secara langsung di akaun Facebooknya tadi.

Selain itu katanya, beliau juga telah membincangkan mengenai ekonomi dan kewangan negara yang semakin teruk.

“Perkara ketiga yang dibincangkan juga berkenaan politik yang tidak stabil dan akhir sekali berkenaan dengan keadaan sosial penderitaan rakyat apabila kematian berlaku sehingga 3,000 akibat Covid-19, kes bunuh diri dan bermacam-macam lagi masalah sosial.

“Begitu juga dengan masalah pendidikan yang mana kita terhenti dua tahun, ini menunjukkan bahawa empat masalah berbeza yang dihadapi oleh kerajaan dan mereka tidak mampu untuk menanganinya,” jelasnya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Langkawi itu tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong pukul 1.58 tengah hari tadi.

Mahathir merupakan pemimpin parti politik yang ketiga menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI