fbpx

Terkejut dapat 8A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Khairina Sofiya (duduk) dan ibunya, Juzlina girang melihat keputusan peperiksaan SPM 2020, pagi tadi.

SHAH ALAM – Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Jaya dekat sini terkejut apabila memperoleh 8A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.

Nur Khairina Sofiya Abdul Hazreen,18, berkata, sebelum ini dia tidak sempat menghabiskan peperiksaan percubaan SPM akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, dia tidak menghadapi sebarang masalah capaian internet di rumahnya di Kelana Jaya dan membolehkannya fokus terhadap Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Mula-mula memang rasa janggal dengan PdPR dan hilang fokus untuk bertanya susulan bimbang pelbagai pertanyaan menyebabkan masa guru untuk kelas lain terganggu.

“Namun, saya mengaplikasikan sebaiknya capaian internet di rumah berbanding lokasi lain dan bersyukur memperoleh 8A dalam SPM,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Nur Khairina Sofiya yang merupakan anak sulung dua beradik turut menzahirkan penghargaan kepada ibu bapanya, Abdul Hazreen Zainal Abidin,55, dan Juzlina Julani, 47, yang tidak memberikan tekanan dan sentiasa berusaha memastikan keselesaan belajar di rumah.

“Kejayaan memperoleh A+ khususnya dalam subjek prinsip perakaunan membuatkan saya lebih bersemangat menjadi seorang akauntan suatu hari nanti.

“ Saya bersyukur dapat membanggakan ibu bapa,” jelasnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI