fbpx

Tekong ditemui lemas, seorang masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditemui lemas pada jarak 1.2 batu nautika

PARIT BUNTAR – Seorang tekong ditemui lemas, manakala seorang lagi masih hilang apabila bot yang mereka naiki dipukul ribut dalam dua kejadian berasingan di perairan Kuala Kurau dan Tanjung Piandang dekat sini awal pagi tadi.

Mangsa yang lemas dikenali sebagai Yeap Bee Hin, 65, manakala seorang lagi Tan Eng Thang, 59.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Mohd. Sharenliza Ghazali berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kedua-dua kejadian pada pukul 11.30 pagi dan dan 12 tengah hari sebelum melancarkan operasi mencari serta menyelamat.

Menurut beliau, operasi pencarian turut dibantu Jabatan Perikanan, Pasukan Gerakan Marin serta nelayan tempatan.

“Mayat Bee Hin telah ditemui terapung oleh nelayan tempatan pada jarak 1.2 batu nautika kira-kira pukul 3.30 petang di kawasan perairan Sungai Baru Tanjung Piandang.

“Manakala Eng Thang yang jatuh di perairan Kuala Kurau masih lagi belum ditemui,” katanya ketika ditemui pemberita di Pengkalan Jeti Bot Polis Marin di sini.

Dalam kejadian tersebut, bot dinaiki tiga nelayan termasuk Bee Hin terbalik di perairan Sungai Baru Tanjung Piandang menyebabkan tekongnya hilang sebelum ditemui lemas. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI