fbpx

Tak sempat lerai Y suku curi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Ismail (tengah) menunjukkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang berjaya ditemui semula selepas hilang di sebuah stor semalam. Foto : TOREK SULONG

BACHOK – Dua lelaki dicekup tidak sampai empat jam selepas laporan polis dibuat terhadap mereka yang dipercayai mencuri tiga buah motosikal di sebuah stor di Kampung Bukit Kechik, Gunong di sini semalam.

Kedua-dua lelaki berusia 21 dan 26 tahun yang dipercayai penagih dadah itu ditahan di rumah masing-masing di Kampung Telaga Ara dan Kampung Bukit Temalong, Jalan Padang Tembak di sini kira-kira pukul 6 petang.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, siasatan mendapati, pemilik stor yang merupakan seorang wanita mendapati ruang menyimpan tiga buah motosikal itu sudah dipecah masuk pukul 7 pagi.

Katanya, kehilangan tiga buah motosikal jenis Yamaha 15ZR, Yamaha 125Z dan Honda EX5 itu menyebabkan mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Gunong di sini pukul 1.45 tengah hari.

“Anggota polis terus menjalankan risikan dan mendapat maklumat awam dengan mengenal pasti tempat tinggal suspek dan barang kes sebelum serbuan dilakukan.

“Siasatan lanjut mendapati, suspek menjalankan kegiatan mencuri motosikal untuk mendapatkan komponen enjin bagi kegunaan sendiri. Bagaimanapun, mereka tidak sempat meleraikan dan menghapus bukti barang kes itu ketika serbuan dijalankan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok di sini hari ini.

Menurut Mohamad Ismail, ujian saringan ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis benzo kesan daripada penyalahgunaan pil penenang yang terkawal. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI