fbpx

‘Saya akan buktikan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE PAULA (kanan) giat menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan menjelang aksi menentang Vietnam di Stadium Al Maktoum, UAE pada Sabtu ini.

PENYERANG naturalisasi Harimau Malaya, Guilherme De Paula menganggap pertemuan menentang Vietnam bagi Kelayakan Pia­la Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu ini amat istimewa buat dirinya.

De Paula, 34, menganggap ia adalah peluang terbaik untuk dirinya membuktikan kemampuan sekali gus menutup mulut para pengkritik yang menye­rangnya dari pelbagai sudut susulan prestasi mengecewakannya ketika tewas 0-4 kepada UAE minggu lalu.

Pemain dari Sao Paulo, Brazil itu menegaskan, dia langsung tidak terkesan dengan segala kritikan, cemuhan dan hentaman terhadap dirinya, sebaliknya menganggap ia sebagai motivasi tambahan untuk menggegar gawang Vietnam hujung minggu ini.

“Mereka (netizen) boleh mengkritik atau mengatakan apa sahaja kerana saya tidak boleh mengawalnya. Saya datang dari Brazil yang lebih teruk daripada ini, ia adalah normal dalam bola sepak.

“Motivasi saya masih berada pada tahap tertinggi kerana saya tidak melihat ke belakang. Cuma ia bukan satu tindakan yang baik kalau (anda) menghina saya de­ngan kata-kata tidak sopan.

“Kami di sini bukan datang berjalan-jalan, sebaliknya bekerja keras dalam sesi latihan. Mungkin anda tidak dapat melihatnya tetapi saya sangat berbangga dapat menyarung jersi Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, penyerang baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berhijrah dari Perak FC itu berharap para penyokong memberikan sepenuh kepercayaan kepada Harimau Malaya untuk mengharungi misi wajib menang ke atas Vietnam.

“Saya tidak pernah ambil jalan pintas. Saya tahu kualiti saya, apa yang boleh saya berikan di atas padang dan pasukan kebangsaan juga ada statistik permainan saya.

“Saya tidak keseorangan. Kami akan berjuang bermati-matian untuk 32 juta rakyat Malaysia dalam usaha mara ke pusingan ketiga (kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023),” jelasnya.

Sejak dinaturalisasikan, De Paula telah bermain dua perlawanan antarabangsa bersama Harimau Malaya dengan merekodkan satu jaringan ketika menentang Kuwait dalam aksi persahabatan baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI