fbpx

Pelajar cemerlang SPM buru impian jadi peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Yasmin (kiri) ceria menunjukkan keputusan SPM bersama ibubapanya di rumah mereka di Kampung Kubang Machang Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 mendorong Nurul Yasmin Sofiya Roshaizad meneruskan cita-cita bergelar peguam.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, kerjaya sebagai pengamal undang-undang sudah mula diminati sejak kecil dan pencapaian 8A dalam SPM melonjakkan lagi semangatnya.

Nurul Yasmin, 18, berkata, impian untuk meningkatkan taraf hidup keluarga juga mendorongnya untuk belajar bersungguh-sungguh.

“Abah menyara hidup kami sekeluarga dengan bekerja kampung, manakala ibu pula suri rumah sepenuh masa. Jadi saya ingin mengubah nasib keluarga.

“Sebagai anak sulung, saya memikul tanggungjawab ini dan berharap dapat membanggakan ibu dan abah dengan memburu cita-cita menjadi seorang peguam,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Machang di sini hari ini.

Nurul Yasmin berkata, dia menyimpan impian melanjutkan pelajaran di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan undang-undang sebagai langkah pertama mengejar cita-citanya.

Nurul Yasmin berkata, sudah tiba masa untuk membalas jasa ibu bapanya mendidik dan membesarkan tiga orang anak walaupun hidup mereka tidak semewah orang lain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI