fbpx

Pelajar cemerlang idam sambung pelajaran di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Azri menunjukkan keputusan 9A yang diperolehnya dalam SPM 2020.

PASIR GUDANG – Pelaksanaan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tidak menghalang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Nusa Damai di sini untuk mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.

Muhammad Azri Shah Azian, 19, berjaya mencatat keputusan 6A+ dan 3A dalam keputusan yang diumumkan secara dalam talian hari ini.

Anak sulung daripada lima beradik itu berkata, PdPR tidak menjadi halangan untuknya berjaya kerana perkara itu bergantung kepada kemahuan dan usaha sendiri.

“Kalau kita mahu berjaya semua itu bergantung kepada diri sendiri. Semasa PdPR, saya berusaha mengulang kaji mata pelajaran yang lemah dengan merujuk YouTube.

“Apabila lewat bangun dan tertinggal PdPR, saya akan bertanya kepada cikgu dan rakan sekelas. Ini perlu dilakukan kerana saya tidak mengikuti mana-mana kelas tuisyen,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Bandar Bistari Perdana, di sini hari ini.

Dalam peperiksaan percubaan SPM 2020 di SMK Taman Nusa Damai tahun lalu, dia turut memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam semua mata pelajaran diambil.

Tambahnya, kejayaan tersebut juga bergantung kepada disiplin yang dilakukan di rumah dengan menetapkan waktu untuk belajar.

“Ibu bapa juga banyak membantu dengan memberi sokongan agar saya kekal menumpukan perhatian dalam pembelajaran ketika di rumah.

“Mereka banyak memantau saya dan bukan sebaliknya mengongkong,” ujarnya yang berhasrat melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam bidang sains teknologi.

Muhammad Azri turut memberitahu, dia juga pernah mengikuti kelas pengajian bahasa Jepun sebagai persediaan untuk melanjutkan pengajian ke negara matahari terbit itu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI