fbpx

Nahas LRT: Dua pemandu, lampu berkuasa tinggi antara dicadangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelihatan penumpang LRT yang cedera akibat insiden itu.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan mengarahkan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) agar menyediakan dua pemandu atau hostler jika tren mengalami kerosakan.

Usaha itu antara 23 cadangan penambahbaikan sistemik disarankan Jawatankuasa Siasatan mengenai insiden nahas dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) di ibu negara akhir bulan lalu.

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, sebelum ini prosedur operasi standard (SOP) menetapkan hanya seorang pemandu mengemudi tren tersebut ke Depoh Lembah Subang.

Ka Siong bercakap dalam sidang akhbar secara maya berhubung laporan Jawatankuasa Siasatan kemalangan tren LRT Kelana Jaya di sini hari ini.

“Namun susulan kemalangan itu, Prasarana mesti ada pemandu untuk mengendalikan tren secara manual dengan seorang lagi sebagai pegawai keselamatan dan pematuhan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar secara maya di sini hari ini bagi membentangkan laporan jawatankuasa itu yang sudah pun diserahkan kepada mesyuarat Kabinet semalam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI