KUALA NERUS – Penternak lembu di seluruh negeri terus dihimpit resah mengenangkan haiwan peliharaan yang dibela menggunakan modal besar tidak laku ketika Aidiladha tinggal enam minggu sahaja lagi untuk diraikan. Lebih teruk, rata-rata peniaga yang ditemui mengakui mereka kini ‘terduduk’ dengan situasi tersebut apabila kerajaan masih belum mengeluarkan sebarang prosedur operasi standard (SOP) mengenai ibadah korban yang sinonim dengan sambutan Aidiladha setiap tahun. Ia mengakibatkan orang ramai mengambil langkah tunggu dan lihat mengenai keadaan semasa Covid-19 kerana enggan mengeluarkan wang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya