fbpx

Kesan hitam di pasir pantai rupanya serangga mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan hitam pada tapak kaki pengunjung Pantai Wells sebenarnya adalah jutaan serangga kecil yang telah mati. – United Press International

WELLS, MAINE – Misteri ‘pasir’ berwarna hitam yang melekat pada tapak kaki pengunjung Pantai Wells akhirnya terbongkar apabila pakar mendapati kesan kotor tersebut sebenarnya terdiri daripada jutaan serangga kecil yang telah mati, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Penemuan itu diperoleh selepas beberapa pengunjung melaporkan tapak kaki mereka dipenuhi dengan kesan kotor seperti pasir berwarna hitam ketika mengunjungi pantai tersebut.

“Saya mengutip beberapa kesan berwarna hitam itu dan memeriksa di bawah mikroskop. Hasilnya mendapati ia adalah serangga-serangga kecil yang telah mati,” ujar seorang bekas ahli kaji laut, Linda Stathoplos.

Sementara itu, akhbar Press-Herald melaporkan, seorang ahli geologi, Steve Dickson berkata, dia tidak dapat memastikan jenis serangga tersebut, namun percaya ia akan dihanyutkan semula ke dalam laut tidak lama lagi.

“Ini adalah yang pertama kali saya melihat keadaan itu seumur hidup saya,” katanya.

Dickson buat masa ini sedang bekerjasama rapat dengan ahli-ahli entomologi untuk mengenalpasti serangga tersebut dan asalnya.

Dalam pada itu, menurut pengunjung, kesan hitam pada kaki mereka sukar dibersihkan meskipun telah membasuhnya berkali-kali. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN