fbpx

Kalau betul ada, Sara Ali harap Naga Tasik Chini bangun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARA ALI berkongsi foto menunjukkan bentuk muka bumi sekitar Tasik Chini yang kini musnah akibat kerakusan manusia.

PETALING JAYA – “Kalau betul dalam Tasik Chini ada naga, saya harap naga itu bangun dan melihat sendiri kemusnahan yang berlaku kepada Tasik Chini.”

Itulah luahan kesedihan pelakon Sara Ali akibat terkejut melihat melihat kemusnahan alam yang berlaku terhadap sebuah lokasi pelancongan popular, Tasik Chini yang terletak di Pekan, Pahang.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Sara atau nama sebenarnya Siti Sarah Hairi Ali, 31, berkongsi kenangan lewat zaman kanak-kanaknya yang pernah menikmati keindahan lanskap Tasik Chini, namun kini telah musnah dek ketamakan manusia.

“Tasik Chini dahulu dan sekarang. Masa kecil ayah saya selalu bawa kami anak-beranak pergi Tasik Chini naik bot. 

“Saya selalu ditakutkan dengan cerita ada naga di bawah tasik itu. Mungkin itu adalah salah satu cara supaya saya dengar cakap supaya tidak meletakkan jari di dalam air ketika bot sedang bergerak,” tulisnya menerusi dua keping gambar Tasik Chini, dahulu dan sekarang.

Sara ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, dia juga tidak menyangka dan berasa sangat terkilan dengan kemusnahan yang berlaku terhadap Tasik Chini yang dahulunya cukup indah.

“Saya pernah melihat keindahan Tasik Chini ketika masih kecil. Tapi sekarang sudah tidak sama lagi. 

“Saya tidak tahu sama ada generasi akan datang berpeluang untuk melihat keindahan Tasik Chini atau tidak. Kalau hendak dipulihkan semula akan mengambil masa yang lama,” ujarnya yang juga seorang penggemar aktiviti kembara jalan kaki atau hiking.

Kata pelakon yang bakal tampil dengan filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa itu lagi, dia percayakan kuasa Tuhan dan alam. 

Justeru, Sara yang mempunyai susur galur keluarga berasal dari Kuala Lipis, Pahang, melahirkan rasa bimbang kemusnahan alam yang berlaku itu perlu ‘dibayar’ suatu hari nanti natijah kealpaan dan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.

“Sejujurnya saya tidak berniat untuk sakitkan hati atau menuduh sesiapa tentang apa yang berlaku. Cuma saya meluahkan rasa sedih melihat kemusnahan tersebut.

“Tidak mustahil Tasik Chini hanya tinggal pada nama sahaja suatu hari nanti jika kemusnahan terus berlaku,” katanya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN