fbpx

Ibu tunggal rugi RM78,214 terpedaya hadiah emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MELAKA – Seorang ibu tunggal rugi RM78,214 selepas diperdayakan lelaki yang kononnya ingin memberikannya barang kemas sebagai hadiah pada bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan E. Sundra Rajan berkata, mangsa berusia 49 tahun mendakwa mengenali suspek menerusi Facebook.

Katanya, suspek telah memaklumkan kepada mangsa bahawa dia ingin menghantar hadiah berupa barang kemas dan pada 28 Mei lalu ibu tunggal tersebut menerima panggilan yang kononnya daripada syarikat kurier.

“Syarikat yang didakwa daripada Elite Clear itu telah menghubungi mangsa memberitahu bungkusan tersebut telah sampai dan meminta wanita terbabit membuat bayaran tuntutan.

“Mangsa tanpa rasa curiga telah membuat bayaran secara berperingkat berjumlah keseluruhan RM78,214 ke dalam tiga akaun berbeza,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, suspek memperdayakan mangsa dengan memberitahu bayaran tersebut perlu dibuat atas pelbagai alasan termasuk cukai kastam.

“Selepas pembayaran dibuat, suspek masih meminta wang daripada mangsa, tetapi ibu tunggal itu tidak mengikut arahan tersebut setelah menyedari dirinya ditipu.

“Mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Alor Gajah, semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI