fbpx

Hari paling ditakuti Elfira telah tiba, nenek positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELFIRA meluahkan rasa sedih dan bimbang dengan keadaan neneknya (gambar kanan, dua dari kiri) yang kini sedang menjalani kuarantin di sebuah hospital selepas disahkan positif Covid-19 Selasa lalu.

PETALING JAYA – Selepas dua hari, barulah pelakon Elfira Loy mempunyai kekuatan berkongsi berita menyedihkan apabila neneknya disahkan positif Covid-19 pada 8 Jun lalu.

Menerusi perkongsian dalam InstaStorynya, Elfira, 27, berkata, neneknya disahkan positif selepas menjalani ujian calitan buat pertama kali pada 8 Jun, sebelum ujian kedua yang dilakukan semalam menunjukkan keputusan sama.

Disebabkan itu, sekarang neneknya terpaksa dimasukkan ke hospital dan menjalani kuarantin di sana.

“Saya terima berita sedih semalam tetapi baru hari ini dapat hadam. Akhirnya hari yang saya paling takuti telah tiba.

“Nenek saya disahkan positif untuk ujian calitan pertamanya pada 8 Jun. Keputusan PCR kedua yang dilakukannya semalam juga menunjukkan keputusan sama,” tulisnya.

Susulan itu, Elfira memohon peminatnya untuk mendoakan kesihatan neneknya dan berharap simptom dialami tidak teruk.

“Mohon doakan ya buat nenek saya, Siti Rokiyah Saad. Harapnya simptom tak teruk. Sekarang dia cuma alami demam biasa.

“Tetapi dia baru lepas menjalani pembedahan kencing manis. Syafakillah Atuk,” katanya lagi.

Terdahulu, Elfira berkongsi pengalaman membawa neneknya menerima suntikan dos pertama vaksin Sinovac di Universiti Tunku Abdul Rahman, Sungai Long, Kajang pada 3 Jun lalu.

Meskipun datang dalam keadaan berkerusi roda kerana baru sahaja menjalani pembedahan, namun pelakon itu bersyukur kerana proses suntikan dilalui neneknya berjalan lancar.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI