fbpx

Calon layak terima sijil SPM 2020 Johor meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johor merekodkan 88.13 peratus daripada 43,453 keseluruhan calon layak menerima sijil SPM 2020 yang diumumkan hari ini.

JOHOR BAHRU – Johor merekodkan peningkatan jumlah calon yang layak menerima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 berbanding tahun 2019 walaupun dalam keadaan negara bergelut dengan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan , Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata, jumlah peratusan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 1.7 peratus iaitu 88.13 peratus berbanding 86.43 peratus.

Menurut beliau, indeks Gred Purata Nasional (GPN) Johor bagaimanapun kekal pada kedudukan sama iaitu 4.68 bagi tahun 2020, sama seperti tahun sebelumnya.

“Berdasarkan kepada perbandingan keseluruhan, calon yang mendapat keputusan A+ dalam semua mata pelajaran bagi SPM 2020 adalah seramai 22 orang, penurunan 34 orang daripada seramai 56 calon dalam SPM 2019.

“Bilangan 22 calon itu adalah daripada jumlah keseluruhan seramai 43,453 calon yang berdaftar untuk mengikuti SPM 2020 iaitu sebanyak 0.05 peratus.

“Sementara itu bilangan calon cemerlang iaitu mendapat A (A+, A, A-) bagi SPM 2020 adalah seramai 1,035, penurunan 48 calon berbanding seramai 1,083 calon pada SPM 2019,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, sejumlah 58 buah sekolah di Johor telah mencatat keputusan 100 peratus layak mendapat sijil peperiksaan meliputi sekolah di kawasan bandar dan luar bandar. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI