fbpx

Bryan anggap PDRM lonjak semula kariernya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRYAN gembira kerana PDRM FC membantunya menaikkan semula kariernya dalam saingan Liga M.

PENJAGA gol Penang FC, Bryan See Tian Keat terhutang budi kepada bekas pasukan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC ke­rana membantu menaikkan semula kariernya dalam sai­ngan Liga Malaysia (Liga M) sejak dua musim lalu.

Kepercayaan PDRM yang menurunkannya bermain hampir setiap perlawanan memberikan platform buat Bryan sehingga namanya kini sudah dikenali dalam saingan Liga M sejak memulakan karier bersama PKNP pada 2018.

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Johns Hopkins pada 2017 dalam bidang kejuruteraan awam, Bryan mengakui berdepan kesukaran untuk mendapatkan pasukan kerana tidak dikenali dalam kalangan jurulatih tempatan.

“Saya lalui banyak cabaran sejak balik dari Amerika Syarikat dan soalan biasa ditanya jurulatih adalah berapa banyak perlawanan saya bermain sebelum ini.

“Karier saya mula terbina selepas mendapat banyak minit permainan walaupun pasukan menduduki tempat tercorot ketika itu. Saya percaya dengan kemampuan diri dapat menggalas tugas sebagai penjaga gol utama,” katanya.

Dalam pada itu, Bryan, 27, tidak melihat kehadiran se­mula Samuel Sommerville yang pulih daripada kecede­raan hingga mendapat panggilan Harimau Malaya akan menjejaskan peluangnya beraksi dalam kesebelasan utama ­Penang selepas ini.

“Somerville seorang penjaga gol yang berkualiti dan keha­dirannya semula bersama pa­sukan adalah satu persaingan sihat semasa latihan. Siapa pun pasti akan mengidamkan minit bermain, namun semuanya terpulang kepada jurulatih,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI