fbpx

Bangga ikut jejak kakak kembar cemerlang SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Arifah (tengah) menunjukkan keputusan SPM 10A di Kampung Pengkalan Sentul, Besut hari ini.

BESUT – Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dalam suasana norma baharu tidak menghalang Nur Arifah Nordin, 18, untuk meraih keputusan cemerlang 10A.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Wataniah, Besut itu mengakui berdepan cabaran terutama ketika proses ulang kaji pelajaran lebih banyak dilakukan menerusi online.

Katanya, situasi itu menguji persiapan dari segi fizikal dan mental serta ditambah pula dengan penundaan tarikh peperiksaan SPM 2020 beberapa kali sehingga Februari lalu.

“Pengalaman yang sukar dilupakan juga kerana peraturan ketat antaranya tidak boleh meninggalkan dewan, hanya makan makanan disediakan.

“Alhamdulillah keputusan ini cukup membanggakan selepas hanya memperolehi 7A pada peperiksaan percubaan,” katanya kepada Kosmo! di Kampung Pengkalan Sentul, Jerteh di sini hari ini.

Menurut Nur Arifah, kisah kejayaan kakak kembarnya, Nur Athirah dan Nur Athilah yang mendapat 11A dua tahun lalu juga menjadi sumber inspirasi kepadanya untuk belajar bersungguh-sungguh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI