fbpx

VOTG bantu vaksinasi 265 pusat jagaan warga emas, OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin (kanan) melepaskan skuad VOTG di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

SHAH ALAM – Sebanyak tiga buah kenderaan Lembaga Zakat Selangor diaktifkan bagi membantu memudahkan petugas kesihatan dalam pemberian vaksin menerusi program Skuad Vaccine On The Go (VOTG).

Program itu akan melibatkan vaksinasi kepada 265 buah Pusat Jagaan Warga Emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) di seluruh Selangor.

Pelancaran dan pelepasan Skuad VOTG ini disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Saipolyazan M. Yusop berkata, program itu kerjasama pihaknya dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menyediakan pengangkutan khas bagi menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Ia merupakan sumbangan LZS untuk sama-sama membantu menangani keperluan kritikal dalam usaha memberi vaksin kepada masyarakat.

“Lebih ramai rakyat Selangor divaksinasi dengan segera, maka lebih cepat kita dapat mencapai matlamat imuniti kelompok seterusnya dapat melawan pandemik Covid-19 ini dan kembali ke norma biasa,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI