fbpx

Vaksinasi pekerja logistik penerbangan, pelabuhan dipercepatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mempercepatkan agihan vaksin kepada pekerja-pekerja di sektor logistik dalam industri penerbangan dan pelabuhan tempatan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya menyedari keperluan pekerja dalam industri itu untuk menerima suntikan vaksin secepat mungkin.

Beliau berkata, ia penting bagi membantu negara dalam persiapan membuka pintu sempadan serta pemulihan semula ekonomi setelah keadaan kembali selamat.

“Kami sedar sektor logistik menerima impak besar akibat pandemik Covid-19 sejak ia menular di Malaysia.

“Namun, seluruh pekerja sektor logistik samada dalam industri penerbangan mahupun pelabuhan terus bekerja keras tanpa mengenal erti penat lelah bagi memastikan pembekalan vaksin untuk rakyat Malaysia berjalan lancar,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, beliau telah berbincang dengan Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengenai perkara itu dan memberi jaminan akan mempercepatkan agihan vaksin untuk pekerja di sektor logistik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI