fbpx

Tinggalkan daun ketum di laut sebelum seludup ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APMM Zon Maritim Kuala Kedah menaikkan guni berisi daun ketum yang ditemui terapung di perairan Kuala Kuar awal pagi ini.

ALOR SETAR – Taktik licik penyeludup meninggalkan lapan guni mengandungi 110 kilogram (kg) daun ketum dalam keadaan terapung di perairan Kuala Kuar di sini sebelum diseludup ke Thailand berjaya dipatahkan Maritim Malaysia (APMM) awal pagi ini.

Anggota APMM Zon Maritim Kuala Kedah menemui bungkusan tersebut ketika melakukan tinjauan di sekitar lokasi panas penyeludupan pada kedudukan 1.3 batu nautika dari muara Kuala Kuar kira-kira pukul 2.15 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak memberitahu, anggotanya diletakkan dalam keadaan bersedia berdasarkan hasil risikan maklumat dan intipan yang dilakukan ke atas aktiviti penyeludupan di perairan negeri ini.

“Hasilnya kita menemui lapan guni mengandungi daun ketum dianggarkan bernilai RM19,800 yang terapung di laut dan disyaki menunggu masa sesuai untuk diambil dan diseludup ke sempadan.

“Modus operandi penyeludupan keluar daun ketum ke negara jiran yang dilakukan adalah sama seperti tangkapan sebelum ini iaitu menggunakan bot fiber tanpa nombor pendaftaran menuju ke sempadan dan dipindahkan ke bot-bot nelayan Thailand,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pihaknya akan menjejaki dalang utama sindiket itu agar aktiviti penyeludupan menerusi perairan negara dapat dilumpuhkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI