fbpx

Syabu, pil kuda RM8.67 juta dalam rumah kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kasuahdi (kiri) menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas di dalam sebuah rumah kosong pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di sini hari ini. Foto ZULHANIFA SIDEK

PASIR MAS – Seorang lelaki berdepan hukuman mati mandatori selepas dia ditahan bersama 41 kilogram dadah jenis syabu dan 720,000 biji pil kuda dengan jumlah keseluruhan RM8.67 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Jeram Perdah, Rantau Panjang di sini kelmarin.

Serbuan itu dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 pada pukul 4.30 petang selepas melakukan intipan selama empat jam di rumah tersebut.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKNKA), Datuk Kasuahdi Ali berkata, sewaktu serbuan dijalankan, lelaki berusia 43 tahun yang dipercayai mempunyai dua kewarganegaraan itu berada seorang diri dalam rumah yang dipercayai telah dikosongkan.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas rumah berkenaan pada awalnya telah membawa kepada penemuan sebanyak 41 bungkusan plastik teh cina yang dipercayai mengandungi dadah jenis syabu.

“Selepas itu, kita telah menjumpai sebanyak 120 bungkusan plastik dibalut menggunakan pita pelekat yang mengandungi 720,000 biji pil kuda.

“Siasatan awal mendapati dadah-dadah itu dibawa masuk dari negara jiran menggunakan laluan-laluan tikus untuk dijual di negeri ini, Terengganu dan Pahang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI