fbpx

Suspek langgar 5 sekeluarga diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI serangan yang melibatkan lima sekeluarga beragama Islam di London, wilayah Ontario. - The Canadian Press

OTTAWA, Kanada – Seorang pemuda berumur 20 tahun di Kanada didakwa atas empat pertuduhan membunuh dan satu cubaan membunuh dalam kejadian langgar lari sebuah trak pikap melibatkan lima anggota sebuah keluarga  Islam, lapor stesen penyiaran Kanada, CBC, semalam.

Menurut laporan awal polis, kejadian itu adalah serangan disengajakan terhadap keluarga   Islam tersebut. Empat daripada lima ahli keluarga berkenaan meninggal dunia, manakala seorang lagi cedera parah.

Suspek  yang dikenal pasti  sebagai Nathaniel Veltman, 20, berasal dari bandar  London dalam wilayah Ontario. Dia muncul bersama pada satu sidang media bersama polis yang diadakan secara maya.

“Ada bukti  menunjukkan bahawa tindakan melanggar keluarga ini adalah secara sengaja. Mereka menjadi sasaran suspek kerana beragama Islam,” kata jurucakap polis, Inspektor Paul Waight.

Waight turut memaklumkan bahawa pihaknya tidak pasti sama ada suspek mempunyai kaitan dengan kumpulan pelampau tertentu.

Bagaimanapun, menurutnya, pemuda itu disahkan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Dalam masa itu, Ketua Polis London, Steve Williams turut berkongsi rasa simpati atas kejadian malang yang melanda keluarga berkenaan.

“Ini adalah satu kejadian yang dahsyat dan kita kehilangan empat penduduk tempatan atas sikap perkauman yang dikutuk,” ujar Williams.

Nama-nama mangsa tidak didedahkan pada masa ini  atas permintaan keluarga tersebut. Bagaimanapun, mereka yang terkorban adalah seorang warga emas berusia 74 tahun, lelaki berusia 46 tahun, wanita berusia 44 tahun dan seorang remaja berusia 15 tahun. 

Seorang lagi mangsa yang merupakan kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun kini dirawat di hospital dengan kecederaan parah.

Serangan itu berlaku hujung minggu lalu sekitar pukul 8.40 malam (waktu tempatan) ketika keluarga tersebut sedang bersiar-siar di Hyde Park, wilayah Ontario dan menunggu giliran untuk melintas jalan.

Secara tiba-tiba, sebuah trak pikap meluru ke arah mereka berlima dan melanggar keluarga tersebut.

Proses bedah siasat dilakukan di Pusat Sains Forensik di Toronto.

Datuk Bandar London, Ed Holder turut mengucapkan takziah kepada keluarga dan komuniti Muslim di bandar raya Toronto.

“Tindakan kebencian atau Islamofobia ini adalah bertentangan dengan pendirian komuniti warga London keseluruhannya,” ujar Holder. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI