fbpx

Suntikan vaksin kepada pengamal media dipercepatkan – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (kanan) bersama Adham (dua kanan) beramah mesra dengan pengamal media yang menerima vaksin ketika tinjauan kumpulan pertama pengamal media yang menerima pemberian vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin Dewan Seri Seroja, di sini, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Agihan vaksin Covid-19 kepada pengamal media di seluruh negara akan diberikan secepat mungkin.

Jaminan itu diberikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah selepas meninjau proses pemberian vaksin Covid-19 kepada kumpulan pertama pengamal media di sini, hari ini.

Turut sama pada tinjauan itu adalah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

Saifuddin berkata, beliau sudah memaklumkan hasrat untuk mempercepatkan agihan vaksin itu kepada Adham dan Khairy.

“Mereka (Adham dan Khairy) memahami keperluan kita walaupun tumpuan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) ketika ini kepada warga emas, pesakit kritikal dan orang kelainan upaya (OKU).

“Hari ini, seramai 98 pengamal media membabitkan wartawan, jurukamera dan pengurusan kanan agensi dan portal berita menerima dos pertama mereka,” katanya.

Tambah beliau,setakat ini, beliau menerima lebih 4,000 senarai pengamal media bagi agihan vaksin berkenaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI