fbpx

Spurs hanya mahu bayaran tunai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE dilaporkan terdesak untuk meninggalkan Spurs, namun nilai yang terlalu tinggi menyebabkan tidak banyak pasukan yang berani mengeluarkan dana yang besar. – AFP

LONDON – Pengerusi Tottenham Hotspur, Daniel Levy mengesahkan bahawa beliau hanya akan melepaskan khidmat penyerang utamanya, Harry Kane dengan nilai £150 juta (RM875.44 juta).

Levy yang terkenal sebagai individu yang sukar untuk berun­ding itu juga dilaporkan hanya menerima bayaran tunai daripada pasukan yang berminat dan menolak tawaran lain termasuk melibatkan terma pertukaran pemain.

Spurs seboleh mungkin mahu mempertahankan penyerangnya itu untuk kekal tetapi kenya­taan Kane yang bertekad mahu meninggalkan pasukan itu menyebabkan mereka kecewa dan bersedia melepaskannya dengan nilai berkenaan.

Laporan akhbar di Britain menyebut, Manchester City bersedia dengan tawaran sebanyak £60 juta (RM350.17 juta) terma­suk memberikan Spurs dua pemain mereka, Raheem Sterling dan Gabriel Jesus.

Levy sedar bahawa Spurs perlu membuat perubahan selepas mengharungi musim mengecewakan apabila sekadar layak ke saingan Liga Conference Eropah dan rombakan yang perlu dilakukan itu pastinya memerlukan dana yang besar.

Biarpun tawaran tunai dan dua pemain yang diberikan City itu agak menarik tetapi Spurs berpendapat mereka mahu memilih pemain mereka sendiri.

Selain itu, Sterling yang bergaji £300,000 (RM1.75 juta) seminggu akan memberi beban kewangan yang besar buat Spurs.

Kane yang masih berbaki tiga tahun kontrak bersama Spurs turut menjadi buruan Manchester United dan Chelsea tetapi Levy beranggapan beliau tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan pemain itu di Spurs jika tiada pasukan yang berani untuk mengeluarkan dana mendapatkannya.

Spurs sebelum ini berjaya menjual Gareth Bale dengan harga £86 juta (RM501.92 juta) kepada Real Madrid dan wang yang diterima itu menyaksikan mereka berjaya mendapatkan lima pemain baharu seperti Erik Lamela, Roberto Soldado dan Christian Eriksen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI