PERNIAGAAN lemang sering dianggap bisnes semata-mata dan tidak ramai belia yang sanggup berbahang panas meniaga lemang demi memastikan hasil jualan juadah Aidilfitri itu dapat dijadikan modal melaksanakan kerja-kerja kebajikan. Namun, itulah sikap terpuji yang ditampilkan ahli-ahli Persatuan Belia Gugusan Salak (Bagus) dalam usaha mereka melakukan amal jariah untuk masyarakat setempat. Hasil keuntungan daripada jualan lemang telah disalurkan untuk menampung kos pembelian sebuah van jenazah bagi kariah Kampung Salak Tinggi, Sepang, Selangor. Ketua kumpulan atau persatuan tersebut, Muhammad Hydier Hamid, 42,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya