fbpx

Poster beri peluang kepada Najib diputar belit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang dimanipulasi individu yang tidak bertanggungjawab tular di media sosial baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Poster yang memetik titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk memberi peluang kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah diputar belit individu tidak bertanggungjawab dan digunakan tanpa mengikut konteks yang tepat.

Kenyataan itu diambil daripada satu temubual eksklusif Sultan Ibrahim bersama sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan yang disiarkan pada 27 Disember 2015.

Baginda bertitah, kenyataan itu dibuat berkaitan situasi pentadbiran negara pada waktu berkenaan dan tidak diguna pakai dalam keadaan negara pada ketika ini.

“Saya sedar kedudukan saya sebagai seorang Sultan bermaksud saya tidak berpihak kepada mana-mana parti mahupun ahli politik.

“Sebagai Raja Berperlembagaan saya tidak mencampuri mana-mana parti atau perikatan politik yang telah dipilih oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum,” titahnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini tular di media sosial poster yang memetik titah Sultan Johor seolah-olah memberi gambaran bahawa baginda meminta rakyat memberi peluang kepada bekas perdana menteri itu.

Penularan poster itu pada ketika ini dilihat berniat jahat dan jelas berhasrat untuk mengheret Institusi Diraja Johor ke dalam isu-isu politik semasa negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI