fbpx

Polis siasat rakaman ‘live’ tidak bermoral usahawan kosmetik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan seorang usahawan kosmetik bersama rakannya bersiaran secara langsung menerusi platform Instagram yang menerima kecaman daripada netizen.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah mendapat maklumat berhubung satu siaran langsung melibatkan seorang usahawan kosmetik bersama rakannya serta dua kanak-kanak lelaki di laman Instagram yang disifatkan netizen sebagai tidak bermoral.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, pihaknya telah dimaklumkan tentang perkara itu dan tindakan selanjutnya sedang dilakukan.

“Pihak kami telahpun melihat rakaman siaran langsung tersebut dan saya telahpun mengarahkan agar satu laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan berhubung perkara itu dibuka.

“Setakat ini pihak polis belum lagi memanggil mana-mana individu untuk diambil keterangan dan berdasarkan perlakuan di dalam rakaman berkenaan, siasatan boleh dilakukan di bawah Seksyen 15(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini hari ini.

Tangkap layar rakaman video tular memaparkan seorang usahawan kosmetik bersama rakannya bersiaran secara langsung menerusi platform Instagram yang menerima kecaman daripada netizen.

Terdahulu, satu rakaman video tular di laman Facebook dan Twitter memaparkan tindakan seorang usahawan kosmetik bersama rakannya bersiaran langsung menerusi platform Instagram Live yang turut disertai oleh dua kanak-kanak lelaki.

Penularan rakaman tersebut menerima kecaman netizen yang menyifatkan tindakan dua individu berkenaan sebagai melampau dan biadap apabila berkelakuan tidak sopan termasuk membincangkan isu seksual bersama kanak-kanak.

Seorang pengguna Facebook menyelar tindakan kedua-dua individu berkenaan dan turut mempersoalkan di mana ibu bapa kanak-kanak itu memandangkan mereka bersiaran secara langsung pada pukul 1.50 pagi.

“Saya difahamkan kedua budak ini baru berusia 14 dan 15 tahun, di mana ibu bapa sampai tidak perasan anak buat aktiviti begini pada pukul 1.50 pagi?.

“Sampai sekarang juga saya tidak faham mengapa ‘mereka’ ini bebas menunjukkan gaya hidup songsang mereka di media sosial?,” katanya menerusi satu kemas kini di laman Facebook.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI