fbpx

Pogba bimbang status Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGBA mengakui status pasukan pilihan bukan jaminan untuk Perancis menjuarai Euro kali ini dan enggan rakan sepasukannya terbuai dengan pujian itu. – AFP

PARIS – Dianggap sebagai pasukan pilihan pada saingan Euro 2020, pemain tengah Perancis, Paul Pogba mengakui tetap bimbang dengan harapan tinggi yang diletakkan ke atas pasukan itu.

Dia menggesa rakan sepasukan supaya tidak dibuai mimpi indah meskipun ramai pihak menjadikan Perancis sebagai calon juara berdasarkan barisan pemain berkelas dunia yang dimiliki Les Bleus.

Pogba yang menganggap Pe­rancis sebagai pasukan ‘PlayStation’ berharap, pujian tidak mengganggu mental para pemain menjelang aksi sulung bertemu Jerman minggu depan.

“Kami tidak boleh anggap pa­sukan ini terlalu bagus kerana ia boleh membahayakan diri sendiri. Saya tidak mahu pemain-pemain terlampau yakin dengan barisan pemain yang ada.

“Saya tahu Perancis boleh menjadi igauan ngeri buat pasukan lain, namun kami perlu ingat, sikap terlalu yakin juga mampu beri kesan negatif kepada pasukan,” kata Pogba.

Tambah pemain tengah Manchester United itu, Perancis akan berdepan cabaran cukup tinggi pada kejohanan itu nanti memandangkan mereka akan turun dengan status juara dunia.

“Menjadi juara dunia selain memiliki skuad seperti ini, sudah tentu orang ramai jangka aksi lebih baik dari kami. Kami perlu merendah diri biarpun di­letakkan sebagai pilihan juara,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI