fbpx

PM menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan rasmi yang membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di sini, hari ini. -Foto FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi pemimpin politik pertama tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Perdana Menteri didapati memasuki pintu 1 Istana Negara sekitar pukul 7.45 pagi dengan menaiki kenderaan rasmi sebelum beredar kira-kira satu jam kemudian melalui pintu sama.

Bagaimanapun, Perdana Menteri dipercayai menghadap Seri Paduka bagi sesi Pra-Kabinet yang diadakan pada setiap Rabu.

Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri.

Kemunculan Muhyiddin di Istana Negara menarik perhatian ramai kerana Yang di-Pertuan Agong dijadual menerima menghadap ketua-ketua parti politik negara bermula hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI