fbpx

Pfizer mulakan ujian klinikal vaksin Covid-19 bagi kanak-kanak 5 hingga 11 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eloise LaCour (tengah), menerima vaksin Covid-19 atau placebo sebagai sebahagian daripada fasa pertama ujian klinikal keberkesanan vaksin Pfizer. – Stanford Medicine/MailOnline

NEW YORK – Gergasi farmaseutikal, Pfizer memulakan ujian keberkesanan vaksin Covid-19 ke atas kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun dalam rangka peringkat terakhir ujian klinikal vaksinnya, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Ujian tersebut melibatkan kira-kira 4,500 kanak-kanak di hampir 100 pusat ujian di 26 buah negeri di Amerika Syarikat (AS), selain Finland, Poland dan Sepanyol.

Menurut laman web clinicaltrials.gov, ujian yang dijalankan Pfizer itu akan dilaksanakan sama seperti yang dilakukan ke atas golongan remaja dan dewasa.

Dalam ujian tersebut, kira-kira separuh daripada kanak-kanak terlibat akan menerima dua dos vaksin Pfizer dalam tempoh selang 21 hari, manakala separuh lagi akan diberikan suntikan placebo.

Pasukan penyelidik akan menguji dari segi keselamatan, toleransi dan tindak balas imunisasi yang dihasilkan oleh vaksin tersebut yang diukur berdasarkan tahap antibodi subjek.

Data daripada ujian tersebut dijangka diperoleh menjelang separuh kedua 2021.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Moderna, Stephane Bancel berkata, vaksin Covid-19 keluaran syarikat itu dijangka tersedia untuk kanak-kanak berusia seawal lima tahun pada awal musim luruh ini.

“Proses mengeluarkan vaksin untuk kanak-kanak perlu dilakukan secara perlahan dan berhati-hati. Justeru, kami meramalkan data akan dikeluarkan pada September atau Oktober ini,” ujarnya. 

Vaksin Moderna sebelum ini hanya diluluskan untuk kegunaan orang dewasa, namun dalam satu pendedahan pada bulan lepas, ujian klinikal mendapati vaksin tersebut berkesan untuk golongan berumur 12 hingga 17 tahun.

Sementara itu, ujian untuk kanak-kanak berusia enam bulan ke empat tahun masih berada pada peringkat awal dan akan diperluaskan selepas para penyelidik dapat memastikan keselamatannya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI