fbpx

Pemilik akaun Twitter kritik donat sambal Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ciapan berkaitan donat sambal Johor yang tular di Twitter.

PETALING JAYA – Seorang pengguna Twitter berdepan kecaman netizen gara-gara mengkritik donat sambal Johor.

Pemilik akaun Twitter itu dalam ciapannya menyifatkan donat sambal sebagai makanan yang pelik diikuti emoji muntah hijau.

“Pelik orang Johor. Donat sambal lah, pisang goreng cicah sambal kicap lah,” ciap pemilik akaun Twitter tersebut.

Ciapan itu tular di media sosial sejak semalam, namun tidak pasti sama ada ia sekadar gurauan atau sebaliknya.

Pemilik akaun Twitter tersebut membuat ciapan itu sebagai tindak balas kepada komen netizen lain yang memuji keenakan donat itu.

Kata netizen itu, walaupun donat sambal yang juga dikenali sebagai donat sira nampak pelik, tetapi rasanya sedap.

Dia yang dipercayai bukan berasal dari Johor memaklumkan hanya mengetahui tentang donat sambal apabila berada di Johor.

Sebelum ini timbul kontroversi dalam kalangan netizen berhubung laksa di Johor menggunakan ikan parang dan tenggiri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI