fbpx

Pelan Tindakan DSMN perkukuh sistem makanan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (Pelan Tindakan DSMN) 2021-2025 dijangka mampu menyumbang kepada pelbagai keberhasilan yang disasarkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

MAFI dalam satu kenyataan berkata, hasil Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (FSCC) Kali Ke-2 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bersetuju bahawa pelan tindakan itu mampu memperkukuhkan daya tahan sistem makanan negara.

“Pelan tindakan ini meliputi lima teras strategik iaitu Perluasan Pengguna Teknologi; Pemerkasaan Kajian dan Penyelidikan, Pemerkasaan Data Sekuriti Makanan, Perluasan Kolaborasi Strategik serta Pengukuhan Governans Jabatan dan Agensi.

“Pelan Tindakan ini menumpukan kesemua empat dimensi sekuriti makanan iaitu ketersediaan, akses, penggunaan serta kestabilan dan kemampanan seiring dengan dimensi sekuriti makanan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” katanya di sini hari ini.

Katanya, mesyuarat secara dasar juga bersetuju mengenai langkah-langkah kawalan dan penguatkuasaan berkaitan aktiviti import dan transit produk haiwan bagi mengawal aktiviti pengimportan daging bermula dari pintu masuk sehingga ke peringkat runcit.

“Mesyuarat juga telah bersetuju mekanisme baharu bagi menangani isu kekurangan bekalan dan memastikan harga bawang di Malaysia akan jadi lebih stabil.

“Turut dibentangkan adalah kertas makluman berkenaan status pelaksanaan program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) yang dijangka akan membantu negara untuk mencapai sasaran Tahap Sara Diri (SSL) beras yang telah ditetapkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) iaitu sebanyak 75 peratus,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI