KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu tiba di Pintu 2 Istana Negara di sini kira-kira pukul 3 petang tadi.
Beliau dilihat menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CR-V berwarna putih.
Difahamkan, Mat Sabu merupakan pemimpin parti politik yang keempat bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, disusuli Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan wakil DAP hadir ke Istana Negara bagi menghadap Seri Paduka Baginda. – K! ONLINE