fbpx

Masih ada waris tolak vaksin ditawarkan kepada warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga emas di Kompleks Asnaf Muip menerima suntikan vaksin Covid-19 dos kedua di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Tindakan segelintir penjaga dan waris menolak vaksin ditawarkan kepada warga emas masih berlaku dan sangat dikesali.

Pegawai Kesihatan Keluarga Daerah Kuantan, Dr. Rashidah Abdul Rahman berkata, tindakan itu bakal memberi kesan terhadap usaha kerajaan mencapai sasaran imuniti berkelompok menjelang hujung tahun ini.

“Memang ada waris yang tidak bersetuju dan menolak vaksin yang ditawarkan kepada warga emas dan perkara ini berlaku kerana mereka mendapat maklumat tidak betul mengenai vaksin.

“Kebiasaannya antara alasan mereka menolak ialah disebabkan takut dengan kesan sampingan kerana mendengar cerita tidak tepat dan saya nasihatkan mereka dapatkan maklumat yang betul daripada pihak yang mempunyai pengetahuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program suntikan vaksin dos kedua kepada penghuni Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) di sini, hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI