fbpx

Lelaki tampar Presiden Perancis di khalayak ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Macron ditampar seorang lelaki ketika sedang menyantuni orang ramai di sebuah kampung di selatan Perancis. -Twitter

PARIS – Presiden Perancis, Emmanuel Macron telah ditampar oleh seorang lelaki dalam satu lawatannya di kampung Tain-l’Hermitage, Drome yang terletak di selatan negara itu semalam, lapor laman berita CNN. 

Video tentang insiden tersebut menjadi tular di media sosial.  

Rakaman video tersebut yang dikongsi oleh seorang wakil CNN menunjukkan Macron sedang berjalan ke arah penghadang besi sambil memegang tangan seorang lelaki di celahan orang ramai. 

Lelaki terbabit kemudian menampar pipi kiri Macron sambil menjerit ‘Macronie’ yang merupakan perkataan digunakan akhbar Perancis merujuk kepada pemerintahan Macron. 

Pengawal peribadi Macron kemudian bertindak menarik presiden itu daripada penghadang besi tersebut.

Dua lelaki berusia 28 tahun termasuk individu yang telah menampar Macron ditahan pada pukul 1.45 petang waktu tempatan kerana didakwa melakukan keganasan terhadap seseorang yang memegang kuasa awam. -Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI