fbpx

Kilang proses padi dikompaun beroperasi lebih pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri (kanan) semasa melakukan pemeriksaan pada Op Pematuhan SOP PKP 3.0 di daerah Hilir Perak di di Teluk Intan hari ini.

TELUK INTAN – Sebuah kilang pemprosesan padi di Langkap dikompaun RM10,000 kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan beroperasi melebihi had kehadiran 60 peratus pekerja.

Pemilik kilang turut dikompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) kerana tiada lesen menjalankan perniagaan yang diluluskan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, dua kesalahan itu dikesan hasil pemeriksaan yang dijalankan pihaknya dalam Op Pematuhan SOP PKP 3.0 di daerah ini bermula pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.

“Dalam operasi ini, kita telah melakukan pemeriksaan terhadap 19 buah kilang dan mendapati terdapat sebuah kilang yang beroperasi dengan had kehadiran lebih 60 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja selain tiada lesen.

“Seorang pekerja sebuah kilang pakaian pula dikompaun RM1,500 kerana gagal melakukan imbasan MySejahtera,” katanya ketika ditemui pemberita pada Op Pematuhan SOP PKP 3.0 di sektor perkilangan dan pembuatan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI