fbpx

Jerman laung amaran awal buat pencabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JERMAN berjaya menewaskan Latvia 7-1 pada aksi persahabatan terakhir sebelum menyertai saingan Euro 2020 yang membuka tirai hujung minggu ini. – AFP

DUSSELDORF – Jerman dilihat sudah bersedia untuk menghadapi Euro 2020 selepas mem­belasah Latvia 7-1 pada aksi persahabatan di Esprit Arena awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, Jerman menjaringkan tujuh gol menerusi Robin Gosens, Ilkay Gundogan, Thomas Muller, Serge Gnabry, Timo Werner, Leroy Sane serta jaringan sendiri Roberts Ozols sementara gol Latvia dijaringkan Aleksejs Saveljevs.

Jurulatih skuad Die Mann­schaft, Joachim Low me­ngakui berpuas hati dengan aksi ditampilkan anak-anak buahnya yang dilihat bersungguh-sungguh memburu jaringan.

“Banyak perkara positif yang boleh diambil daripada perlawanan ini. Semua pemain sudah menampilkan aksi terbaik selain konsisten menjaringkan gol sepanjang 90 minit.

“Saya lega kerana perbinca­ngan yang kami lakukan sebelum ini membuahkan hasil. Kami bermain dengan rentak yang pantas selain beri tekanan kepada pasukan lawan,” kata Low.

Bagaimanapun, beliau masih berharap pemain-pemainnya memperbaiki beberapa kelemahan sebelum memulakan aksi sulung Euro 2020 menentang Perancis minggu depan.

“Kami berdepan masalah dari segi penyudah dalam tempoh beberapa bulan terdahulu. Sekarang ia sudah diperbaiki dan saya harap semua pemain menampilkan aksi lebih baik nanti,” ujar­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI