PENYANYI sensasi Indonesia Inul Daratista cukup dikenali sebagai salah seorang selebriti yang sangat mengambil berat tentang Covid-19.
Jadi semasa pandemik, dia bukan sahaja rajin mencuci tangan, Inul juga sangat menitikberatkan soal kebersihan pakaian yang dipakai.
Katanya, Inul kini menjadi rajin mencuci pakaian bagi memastikan pakaian yang akan digunakan nanti bebas daripada virus Covid-19.
“Saya menjadi seorang yang sangat cerewet tentang kebersihan pakaian sewaktu pandemik Covid-19.
“Jangan sampai ada debu, kotoran, bakteria yang melekat pada pakaian,” katanya.
Bagi memastikan pakaiannya sentiasa bersih, penyanyi lagu Goyang Inul itu juga menjadi sangat selektif dalam soal pemilihan sabun pencuci pakaian yang digunakan.
“Sabun mencuci pakaian saya haruslah benar-benar berkesan untuk membasmi bakteria, tetapi tidak akan membuatkan poket saya ‘bolong’,” katanya.