fbpx

Dua minit rumah musnah dipukul ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahamad Shah menunjukkan rumah sewa yang musnah dipukul ribut kencang di Kampung Sungai Bunyi, di Pontian, Johor, tengah hari, hari ini.

PONTIAN – Enam penghuni dua buah rumah sewa di Kampung Sungai Bunyi di sini berdepan detik cemas apabila kediaman mereka musnah dipukul ribut dalam kejadian hari ini.

Kejadian pukul 12.10 tengah hari itu menjadi mimpi ngeri buat dua buah keluarga yang menghuni rumah sewa berkenaan.

Menurut Nora Mohd. Noh, 37, ketika kejadian dia sedang makan tengah hari bersama dua anak serta anak saudaranya berusia enam hingga 15 tahun.

“Tiba-tiba saya dengar bunyi angin kuat dan sekelip mata bumbung rumah serta dinding tercabut dan saya menjerit sambil bertakbir lalu bergegas menarik tangan anak-anak keluar dari rumah dalam hanya kira-kira dua minit rumah sudah musnah,” katanya menceritakan detik cemas itu.

Tambah Nora yang bertugas sebagai pembantu di Tabika Kemas Sungai Bunyi, ketika kejadian, suaminya, Ahmad Shah Salim, 40, membaiki rumah abangnya di Kampung Sawah, kerana kilang tempatnya berkerja ditutup sementara.

Sementara dua lagi mangsa merupakan adik-beradik, Nordiana Aryani Azri, 10, dan Mohd. Azman, 16, yang tinggal di rumah bersebelah turut terselamat apabila berlari keluar ketika kejadian sedang berlaku. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI