fbpx

Doktor gigi bantu tingkat kadar vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Graduan sekolah perubatan di seluruh negara termasuk doktor gigi bakal digerakkan untuk membantu menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, kementeriannya juga menggerakkan doktor pelatih di hospital awam ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang kekurangan tenaga.

“Kita juga akan memanggil mereka (kakitangan perubatan) yang sudah pencen atau tamat perkhidmatan awal untuk memberi tumpuan bagi tolong negara dalam program vaksinasi.

“Begitu juga graduasi membabitkan doktor, doktor gigi, jururawat dan pembantu perubatan akan diberi latihan serta lesen amalan untuk bertugas di PPV dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang akhbar bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin, secara maya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Adham berkata, langkah itu diharap membantu negara mencapai kadar vaksinasi yang tinggi dan seterusnya imuniti berkelompok 80 peratus menjelang akhir tahun.

Pada masa sama ujarnya, pelajar pelatih perubatan yang sudah mencapai tahap ‘penempatan’ juga akan ditugaskan untuk mengurus kes Covid-19 di pusat pemantauan seluruh negara. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI