fbpx

Didenda RM10,000 rosakkan pintu lif pangsapuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Padah merosakkan pintu lif di pangsapuri, seorang pencuci kereta didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Muhammad Iskandar Zainol menjatuhkan hukuman denda itu terhadap V.Danesh, 21, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Sekiranya denda itu gagal dibayar, tertuduh boleh dipenjara lagi selama 10 bulan dan tertuduh membayar jumlah denda itu.

Ketika prosiding, sebelum hukuman dijatuhkan, Majistret Muhammad Iskandar mengatakan perbuatan tertuduh ini bukan sahaja mengakibatkan kerugian, malah membahayakan diri sendiri dan orang lain.

Mengikut pertuduhan, Danesh didakwa melakukan khianat dengan merosakkan pintu lif milik syarikat JMB bernilai RM15,000 di Tingkat 14, Blok B, Projek Perumahan Rakyat (PPR), Seksyen 8, Kota Damansara di sini pukul 2 pagi pada 6 Jun lalu.

Berikutan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan selain turut memaklumkan kepada mahkamah dia hanya bekerja sebagai pencuci kereta.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Zamriah Zarifah Aris memohon mahkamah mengenakan hukuman sewajarnya terhadap tertuduh.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI