fbpx

Cheng Hoe sudah hadam jerat Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHENG HOE (empat dari kanan) mahu anak-anak buahnya fokus 100 peratus apabila menentang Vietnam yang mengamalkan corak permainan pantas menjelang pertemuan kedua-dua pasukan tengah malam Sabtu ini.

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sudah ‘hadam’ dengan jerat yang akan dipasang oleh Vietnam menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) tengah malam Sabtu ini.

Sebagai rekod, Cheng Hoe telah hadir ke Stadium Al Maktoum, Dubai awal pagi semalam bagi menyaksikan aksi pasukan Vietnam yang mudah membe­lasah Indonesia 4-0 pada perlawanan Kumpulan G awal pagi semalam.

Kata Cheng Hoe, corak permainan Vietnam tidak banyak berubah berbanding dua tahun lalu dengan sebahagian besar pemain mereka masih sama kecuali di posisi penjaga gol utama tanpa kehadiran Dong Van Lam.

“Taktikal dan strategi permainan Vietnam masih lagi sama dengan barisan gabungan pemain muda dan senior ketika edisi 2019, namun berbeza hanya di posisi penjaga gol.

“Mereka telah mempamerkan aksi yang cukup komited de­ngan semangat juang tinggi selain me­lakukan banyak gerakan sera­ngan balas pantas yang ber­bahaya.

“Namun, ada khabar gembira sedikit buat skuad negara ke­rana perancang utama mereka, Nguyen­ Quang Hai telah dila­yangkan kad kuning kedua kejohanan sekali gus tidak akan turun menentang Malaysia nanti,” katanya pada sidang akhbar virtual semalam.

Dalam perkembangan sama, Cheng Hoe turut mahu semua penyokong bola sepak negara percaya dengan proses penyesuaian diri yang dilakukan oleh penyerang naturalisasi, Guilherme de Paula yang mungkin boleh memberi impak untuk aksi menentang Vietnam.

“De Paula merupakan seorang penyerang yang berpengalaman kerana sebelum dia berkelana ke Malaysia lebih lima tahun, dia telah beraksi di luar negara untuk tempoh lama.

“Justeru, sentuhannya akan terus ditagih pasukan tetapi fokus tidak harus diberikan kepada De Paula sahaja kerana saya mahu semua pemain memberikan komitmen 100 peratus di atas padang,” katanya.

Skuad negara ketika ini menduduki tangga keempat Kumpulan G dengan sembilan mata tetapi masih berpeluang untuk mela­yakkan diri ke pusingan kelayakan seterusnya jika menang pada dua perlawanan terakhir menentang Vietnam dan Thailand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI