PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memberi keutamaan suntikan vaksin kepada petugas barisan hadapan pelancongan yang sedang bertugas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pemberian suntikan vaksin bagi fasa pertama akan melibatkan kategori petugas hotel sebagai Pusat Kuarantin (berdaftar dengan MOTAC).
“Selain itu, petugas hotel bukan Pusat Kuarantin tetapi beroperasi sepanjang PKP 3.0 (berdaftar dengan MOTAC), petugas industri penerbangan yang masih bertugas bagi bulan Jun (Malaysia Airlines, AirAsia, Malindo) dan petugas MICE yang bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV),” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, fasa seterusnya akan melibatkan mereka yang berada dalam sub-sektor lain di bawah MOTAC berdasarkan kepada kelonggaran pengoperasian sektor ekonomi selepas PKP 3.0.
“Pelaksanaan ini dirancang bagi membantu untuk memulihkan industri pelancongan yang terjejas teruk akibat penularan pandemik Covid-19. -K! ONLINE