PUTRAJAYA – Sebanyak 6,239 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 633,891 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 2,291 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 704 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 507 kes.
“Selain itu, Johor (468 kes), Sarawak (419 kes), Kelantan (340 kes), Sabah dan Pahang (masing-masing 232 kes), Labuan (200 kes), Pulau Pinang (194 kes), Terengganu (171 kes), Perak (175 kes), Melaka (150 kes) dan Kedah (135 kes).
“Putrajaya pula sebanyak 17 kes manakala, Perlis merekodkan empat kes baharu,” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini. -K!ONLINE