fbpx

250,000 rakyat Selangor terima vaksin 1 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kerajaan negeri akan memulakan proses suntikan vaksin untuk 250,000 rakyat Selangor bermula 1 Julai depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pemberian itu apabila 500,000 vaksin yang dimuktamadkan dengan pembekal yang berdaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dijangka tiba secara berfasa mulai akhir Jun sehingga penghujung tahun ini.

Katanya, sebanyak RM200 juta diperuntukan bagi pembelian tersebut dengan jenis vaksin itu adalah salah satu daripada tiga vaksin yang diluluskan oleh NPRA iaitu Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca.

“Berkenaan titah Sultan Selangor yang menyatakan rasa terkejut dan kecewa kerana pemberian vaksin yang tidak setara dengan penduduk di Selangor, saya percaya ia sedikit sebanyak disumbang oleh masalah bekalan yang tidak dapat dilengkapkan di peringkat awal sebagaimana perancangan Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF).

“Tanpa menuding jari, saya juga harus bertanggungjawab kerana terlibat dengan CITF negeri. Dalam pembentangan terakhir Majlis Keselamatan Negara, Khairy Jamaluddin percaya menjelang Jun dan Ogos ini jumlah vaksin secukupnya akan ditambah di Selangor,” katanya pada sidang akhbar secara maya hari ini.

Beliau memberitahu, pihaknya percaya proses vaksinasi akan dipercepatkan dengan anggaran sekitar 2.5 juta vaksin yang akan diperoleh dalam tempoh Jun hingga penghujung tahun ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI